Sunday, October 19, 2008

skema pa2

1
Sulit 900/2
900/2
Pengajian
Am PEPERIKSAAN PERCUBAAN
Kertas 2 SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
3 jam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008
SKEMA PEMARKAHAN PENGAJIAN AM
Kertas 2
3 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. JAWAB ENAM SOALAN. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E dan 2
soalan dalam bahagian C
2. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurang [ ]
_____________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak
2
Skema Permarkahan Pengajian Am 2
900/2
Bahagian A dan B
Karangan
Markah penuh: Bahagian A – 25, Bahagian B – 25
A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Isi dan Idea (I) [4] markah
2. Hujah (H) [12] markah
3. Kemahiran Kebahasaan (B) [5] markah
4. Impak/Keberkesanan (K) [4] markah
25 markah
Catatan
(i) Pembahagian markah untuk Isi dan Idea (I):
Baik : 4 markah
Sederhana : 3 markah
Lemah : 1-2markah
(ii) Pembahagian markah untuk huraian (H):
Baik : 10-12 markah
Sederhana : 6-9 markah
Lemah : 1-5 markah
(iii) Pembahagian markah untuk Persembahan/Impak:
Baik : 4 markah
Sederhana : 3 markah
Lemah : 1-2markah
B. Cara pemberian markah
1. Pemarkahan Bahasa [5]
1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau benda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan struktur
ayat, potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan yang terdapat
di dalamnya tidak diambil kira.
1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah, demikian juga ejaan yang
sejenis.
Contoh ejaan yang sejenis:
Batuk, patuk - ini dikira sejenis
Suluh, buluh - ini dikira sejenis
1.3 1 markah minimum diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri
daripada satu ayat bagi setiap perenggan.
3
1.4 Kepanjangan karangan
1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan. Karangan yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.
1.4.2 Markah maksimun untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan karangan
adalah seperti berikut:
Lebih daripada 250 patah perkataan : 5 markah
151 hingga 250 patah perkataan : 4 markah
101 hingga 150 patah perkataan : 3 markah
51 hingga 100 patah perkataan : 2 markah
Kurang daripada 50 patah perkataan : 1 markah
1.5 Ada kalanya anda akan bertemu dengan karangan yang mempunyai butir-butir yang
lengkap yang menunjukkan calon mempunyai pengetahuan am yang baik dan dapat
memberi segala huraian dengan panjang lebar dan mendalam tetapi bahasanya
buruk. Dalam hal ini, perhatian bahawa markah untuk butir hendaklah diberi
sewajarnya. Jika markah untuk bahasa itu menunjukkan pada akhirnya yang calon itu
mendapat kosong, maka supaya sesuai dengan pendapat bahawa tanpa bahasa kita
tidak boleh mengeluarkan fikiran, maka berilah sekurang-kurangnya 1 markah untuk
karangan yang serupa itu.
1.6 Mencatat kesalahan bahasa dan markah.
1.6.1 Catat kesalahan bahasa diruang kiri skrip jawapan. Setiap satu kesalahan
dicatat dengan angka 1.
1.6.2 Kesalahan struktur ayat ditanda dengan cara:
( ) – tandakan S diruang kiri skrip
1.6.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca ditandai
dengan cara :
Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara:
1.6.4 Tidak relevan (TR), tidak jelas (TJ)
2. Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk beri markah 1(1/25)
3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang diulang-ulang
4. Ada kalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah
menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butir-butir yang jitu.
Oleh sebab itu, anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh
daripadanya menyeleweng, supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Anda juga akan
bertemu dengan karangan yang pada mulanya menjawab dengan jitu tetapi kemudiannya
menyeleweng daripada tajuk. Dalam hal ini, berilah markah kepada yang jitu sahaja.
5. Kebanyakan karangan akan mempunyai perenggan permulaan yang memperkatakan secara
amnya mana-mana aspek yang terkandung dalam tajuknya. Pertimbangkanlah perenggan ini
dari segi persembahan nya. Walaupun perenggan itu mengandungi butir yang am, perenggan
itu sebenarnya merupakan “batu loncatan” bagi calon untuk dapat meneruskan
perbincangannya. Oleh sebab itu, jika butir-butir itu tidak menyeleweng daripada tajuk maka
berilah markah yang sewajarnya. Ada kalanya perenggan permulaan itu melambangkan
4
kebolehan calon untuk dapat berkonseptualisasi. Oleh sebab sewajarnyalahdiberi markah
yang sewajarnya dari segi persembahan.
6. Perenggan akhir dalam sesuatu karangan itu juga hedaklah diberi perhatian. Calon yang baik
akan menyimpulkan karangannya dengan lebih baik juga. Jika calon itu dapat memberi
kesimpulan yang menyeluruh yang melihatkan pokok perbincangan dalam karangannya,
maka berilah markah yang sewajarnya dari segi persembahan.
7. Mencatat pemberian markah karangan.
7.1.1 Catat markah pada ruang kanan skrip. Jumlah markah akhir setiap jawapan perlu
diletakkan dalam bulatan.
7.1.2 Tandakan I-Idea, H-Huraian,B-bahasa,K-Impak
7.1.3 Nyatakan dibahagian akhir karangan sekiranya karangan itu menyeleweng
Bahagian C
(i) Soalan Kefahaman
Pemberian Markah
Markah penuh : 2 markah
Kriteria Markah catatan
Isi lengkap
Tiada kesalahan bahasa
2
Sekiranya calon
menggunakan ayat/bahasa
sendiri
Isi lengkap
Ada kesalahan bahasa
1 ¹/²
Sekiranya calon
menggunakan ayat/bahasa
sendiri
Sekiranya jawapan berkaitan
disalin sepenuhnya daripada
petikan
1
Isi salah/salin sepenuhnya
petikan
0
5
(ii) Soalan Ulasan
Markah penuh: 8 markah
kreteria Baik Sederhana Lemah
isi 2 1-2 0-1
Huraian 3-4 2 0-1
Bahasa 2 1-2 1-3
Jumlah 7-8 4-6 1-3
Permarkahan:
Idea 2(2x1 markah)
Huraian 4(2x2 markah)
Bahasa 2 markah
8 markah
Nota: jika calon menjawab dengan menggunakan kaedah nota permarkahan ialah
Idea - 2
Huraian - 0
Bahasa - 1
Jumlah - 3/8
Bahagian D
Markah penuh: 15 markah
A. Tujuan Ujian
Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk linear kepada bentuk
bukan linear.
Kemahiran terlibat - kefahaman
- penggunaan
- analisis
- sintesis
B. Ciri jawapan
1. Pengkelasan angkubah/pembolehubah (PA)
2. Kesesuaian teknik (KT)
3. Ketepatan isi (KI)
4. Kejelasan (KJ)
6
C. Pemarkahan
1. Tiap-tiap ciri jawapan yang lengkap beri 4 markah kecuali kejelasan 3 markah
2. Taraf jawapan:
Baik : 4 markah
Sederhana : 3 markah
Lemah : 1-2 markah
3. Perincian markah
Pengkelasan angkubah (PA) : 4 markah
Kesesuaian teknik (KT) : 4 markah
Ketepatan isi (KI) : 4 markah
Kejelasan (KJ) : 3 markah
-----------
15 markah
-----------
Cara pemberian markah
Ciri jawapan Kriteria Taraf Markah
Lengkap Baik 4
Kurang
lengkap
Sederhana 3
1 Pengkelasan pemboleh ubah (4 markah)
(PA)
(a) Paksi
(b) Maklumat pembolehubah
- peratusan, klasifikasi sektor, nilai
(c) bidang/sektor, kedudukan, peratusan
yang diperlukan untuk jadual/carta
Tidak
lengkap
Lemah 1-2
Sesuai baik 4
Kurang
sesuai
sederhana 3
2 Kesesuaian teknik (4 markah) (KT)
(a) Pemilihan media
(b) Kedudukan media pada muka kertas
(c) Letakan/susun atur
(d) Kedudukan petunjuk
- sebaik-baiknya di bawah (*), di kiri
(e) Kedudukan tajuk
- mesti di atas, di tengah, dan dalam
title case
(f) Sumber – mesti bahagian bawah di
sebelah kanan
Tidak
sesuai
lemah 1-2
3 Ketepatan Isi (4 markah) (KI)
(a) Keterangan maklumat
(b) Label – peratusan, tahun
Tepat dan
cukup
Baik 4
7
Kurang
tepat tetapi
cukup/tepat
tetapi tidak
cukup
(c) Perangkaan sederhana 3
(d) skala/nisbah
(e) Petunjuk
(f) tajuk
(g) Titik asas (0)
(h) Sumber Kurang
tepat, tak
cukup
lemah 1-2
Media jelas baik 1-2
Media
kurang jelas
sederhana 2
4 Kejelasan (3 markah) (KJ)
Media tidak
jelas
lemah 1
Bahagian E
Markah penuh: 15 markah
A. Tujuan ujian
Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk linear kepada bentuk
linear dan mengutip maklumat daripada data/carta.
B. Komunikasi terlibat - kefahaman
- analisis
- kebahasaan
C. Ciri-ciri jawapan
1. Idea/isi
2. Huraian dan penjelasan
- isi carta/data
- fakta
- perhubungan fakta
3. Kebahasaan - jelas
- tepat
- padat
- tersusun
4. Rumusan/kesimpulan/pendapat
D. Pemarkahan
* idea/isi (I) - 3/4 markah
* Huraian dan penjelasan (H) - 9/8 markah
* Kebahasaan (B) - 1 markah
* Rumusan/kesimpulan (R) - 2 markah
-----------
15 markah
-----------
8
Bahagian A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga
300 patah perkataan. [25 markah]
1. Penggunaan kad kredit bukan lagi dianggap sebagai satu kemewahan tetapi merupakan
keperluan masa kini, namun begitu penggunaan kad kredit mempunyai risiko yang tersendiri.
Bincangkan.
Pendahuluan.
Pada masa ini penggunaan kad semakin meluas kerana keperluan dalam kehidupan moden dan
mempunyai kebaikan tersendiri, namun begitu penggunaan kad ini mempunyai kelemahan yang
boleh membebankan pengguna. Sebagai contoh kad Visa dan “master card”
Idea Huraian
Kebaikan penggunaan kad kredit
1. Memudahkan urusan seharian
- pengguna dapat membeli barang dengan
tidak membawa wang tunai yang banyak
- pengguna hanya perlu membayar sekali
sahaja sebulan kepada bank.
- pengguna tidak perlu membayar harga
barangan secara sekaligus, ansuran
kepada bank setiap bulan
- urusan boleh dilakukan pada mesin, tidak
perlu berbaris di kaunter, contoh stesen
minyak.
- sebagai deposit ketika menginap di hotel
- boleh digunakan dan diterima di seluruh
dunia
2. Keperluan semasa kecemasan - pengguna hanya mengguna semasa
terdesak sahaja, sukar dapat pinjaman
cara lain.
- kad kredit sebagai awasan ketika
kecemasan seperti kemalangan, rawatan
hospital
3. Memudahkan urus niaga (kepada
peniaga)
- e-dagang (e-commerce)/urusan jual beli
melalui internet pembayaran hanya melalui
kad kredit contoh pembelian tiket kapal
terbang.
- perdagangan dalam talian di luar negara
- pembayaran bil melalui internet
4. Jaminan Keselamatan (wang atau
barangan)
- pemegang kad tidak perlu membawa
wang yang banyak semasa urus niaga
atau melancong
- kad pengganti wang bagi tujuan
keselamatan
9
- risiko kehilangan wang tunai akibat
dirompak atau kecuaian lain dapat
dikurangkan.
- barang yang dibeli dilindungi insuran oleh
bank pengeluar kad.
Kesan negatif penggunaan kad kredit
5. Budaya berhutang / muflis
- sikap suka berhutang dan boros
berbelanja
- pengguna yang selalu membuat
pembelian secara kredit akan menghadapi
masalah hutang tertunggak
- tidak menyedari berbelanja melebihi
pendapatan
- hutang terkumpul tidak mampu dibayar
dalam tempoh yang ditetapkan
- tindakan mahkamah,isytihar muflis
6. Mewujudkan inflasi
- perbelanjaan tidak terkawal menjadikan
permintaan melebihi penawaran
- wang yang banyak mengejar barang
sedikit, wujud kenaikan harga secara
mendadak, berlakunya inflasi.
- menjejaskan pertumbuhan ekonomi
negara.
7. Pemalsuan / penipuan kad kredit
- pengklonan kad kredit oleh sindiket
tertentu.
- jenayah pemalsuan merugikan pemilik
kad kredit
- pemalsuan menjejaskan nama baik
negara
Kesimpulan.
Penggunaan kad kredit adalah keperluan masa kini yang mempunyai banyak kebaikan, langkah yang
bijak perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang mungkin timbul. Penggunaan secara
sewenang-wenang akan menyebabkan masalah timbul. Oleh itu, kesedaran perlu dipupuk untuk
menjadi pengguna yang bijak.
Skema jawapan: 2 + 2
10
2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan
seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan mengambil OKU bekerja di
organisasi mereka. Bincangkan.
Pengenalan:
Orang Kurang Upaya tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan
dari segi fizikal atau mental. Kekurangan ini akan menimbulkan masalah kepada Orang Kurang
Upaya hinggakan terdapat majikan yang tidak mahu mengambil mereka bekerja di organisasi
mereka.
Bil. Idea Huraian
1.
A. Masalah
Tanggapan negatif masyarakat.
- Kurang kepercayaan daripada masyarakat dan
dianggap insan yang lemah dari segi fizikal serta
mental.
- Kurang produktif.
- Kesukaran berinteraksi.
2. Persaingan dengan insan yang
normal.
- Ketinggalan dalam mengejar kecemerlangan.
- Pergerakan yang agak terbatas.
- Banyak bergantung kepada orang lain.
- Kurang mampu berdikari.
- Peluang pendidikan ke tahap lebih tinggi agak
terhad.
3. Kekurangan kemudahan di tempat
awam.
- Kekurangan tempat pejalan kaki, tandas dan
tempat meletak kenderaan.
- Sukar untuk bergerak.
- Terpaksa menggunakan kemudahan orang normal
yang tidak sesuai dengan OKU.
- Produktiviti rendah
4. Kurang kepercayaan /keyakinan diri. - Mengasingkan diri.
- Rasa rendah diri.
- Suka hidup dalam kelompok mereka.
- Gagal memberi dan menerima arahan dengan
baik.
5.
B. Punca enggan
Majikan kurang yakin.
- Tidak yakin OKU dapat melaksanakan tugas yang
diberi dengan baik.
- Kesukaran mereka untuk bergerak.
- Produktiviti rendah
6. Kekurangan kemahiran yang sesuai. - Mempunyai kemahiran bekerja yang terhad.
- Sesetengahnya langsung tiada kemahiran.
- Kurang produktif dalam syarikat.
7. Menanggung kos yang tinggi. - Syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
besar bagi menyediakan kemudahan/kos
perubatan
- Perbelanjaan yang dianggap membazir jika OKU
berhenti kerja.
- Merupakan satu beban kepada syarikat-syarikat
yang kecil.
Penutup:
11
Golongan OKU harus diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka perlu mencari rezeki yang halal dan
diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka.
Skema : 2+2.
Bahagian B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga
300 patah perkataan. [25 markah]
3. Hutan merupakan sumber kehidupan yang penting kepada manusia. Namun, kemusnahan
hutan akan menjejaskan kestabilan ekologi.. Bincangkan .
Skema jawapan
Pendahuluan
Kemusnahan hutan pada masa kini semakin membimbangkan. Keadaan ini boleh
menjejaskan kehidupan penduduk.
Bil Idea Huraian
1.
A.Sumber kehidupan
manusia
Sumber makanan
- Hasil hutan seperti haiwan eksotik dan buah-buahan
boleh dijadikan bahan makanan.
2. Bahan perubatan - tumbuhan hutan membekalkan sumber perubatan
tradisional seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah
3.
4.
Keseimbangan sistem
ekologi
Kawasan tadahan air
- mengawal kualiti dan aliran air
- menahan tanah runtuh dan hakisan tanah.
- mengawal kandungan karbon dioksida di atmosfera
-sumber air bersih untuk tujuan domestik dan industri
5.
B Menjejaskan
kestabilan ekologi
Bencana alam
- banjir yang melanda boleh menjejaskan hasil
pengeluaran pelbagai jenis tanaman contohnya padi.
6. Sumber air sungai
terjejas
- aliran lumpur kesan daripada penebangan hutan ke
dalam sungai boleh menjejaskan bekalan air bersih untuk
keperluan penduduk.
7. Kepupusan flora dan
fauna
- pelbagai spesies flora dan fauna yang unik terancam.
- kekurangan sumber bahan makanan seperti buah12
buahan dan haiwan eksotik
- pelbagai jenis akar / tumbuhan herba untuk membuat
ubat tradisional terancam
8. Perubahan iklim - cuaca setempat akan bertambah panas
- peningkatan suhu global
Kesimpulan
Hutan harus dipulihara agar kestabilan ekologi dapat dikekalkan
Nota : 2 + 2
4. Kemajuan sains dan teknologi membolehkan sisa pepejal dimanfaatkan sepenuhnya oleh
manusia. Jelaskan kepentingan penggunaan semula sisa pepejal kepada manusia
dan alam sekitar.
Pengenalan:
Kemajuan S&T membolehkan sisa pepejal dimanfaatkan dengan berkesan menerusi pelbagai
kaedah seperti proses pelupusan dan kitaran semula. Penggunaan semula sisa pepejal ini membawa
banyak manfaat kepada manusia dan alam sekitar.
Bil. Idea Huraian
1.
Kepentingan
Mengurangkan pencemaran alam.
- Sisa pepejal diguna semula, elakkan pembakaran
yang membawa kepada pencemaran.
- Kurang pembuangan sisa pepejal seperti tin
kosong dan tin yang tidak mengurai
- Kurang kawasan timbunan sampah
- Membantu pemuliharaan alam sekitar
2. Mengurangkan kepupusan sumber
alam.
- Kitaran semula sisa pepejal seperti kertas
mengurangkan kegiatan pembalakan dan
pemusnahan hutan.
- Mengurangkan kegiatan melombong bagi
menggantikan sumber asli seperti timah
3. Sumber tenaga - Sisa-sisa kayu, kertas, dan sisa –sisa pertanian
boleh dilupuskan dalam loji pembakaran untuk
mengeluarkan haba dan tenaga elektrik
- Pereputan bahan buangan organik dan najis
ternakan boleh menghasilkan biogas.
4. Sumber makanan Ternakan
- Bahan-bahan buangan pertanian merupakan
sumber makanan yang penting untuk ternakan
- Contohnya: hampas kacang soya, daun dan
pelepah kelapa sawit boleh dijadikan makanan bagi
kambing dan lembu
- Jerami dijadikan sumber makanan untuk binatang
ruminan
13
- Sekam padi boleh diproses menjadi dedak untuk
makanan ayam dan itik
Manusia
- Dedak boleh menghasilkan makanan kesihatan
kerana mengandungi 2 bahan antioksidan yang
berfungsi mengikat racun untuk mengurangkan
penyakit kronik dan mengurangkan kolestrol dalam
badan
-
5. Baja - Sisa-sisa pertanian dijadikan kompos untuk
menambahkan kesuburan tanah, seperti kulit buah
koko, jerami, hampas kelapa sawit dan najis
ternakan
- Baja organik dapat mengekalkan kelembapan dan
memperbaiki struktur tanah
- Proses penguraian oleh bakteria membekalkan
sumber nutrien untuk tanaman
6. Bahan mentah - Bahan buangan logam boleh diproses menjadi
bahan mentah untuk keperluan sektor perindustrian
dan perumahan
- Sisa buangan dapat diproses semula menjadi
bahan mentah
- Kertas buangan boleh dikitar semula menjadi pulpa
untuk menghasilkan kertas tisu atau kertas surat
khabar dan sebagainya
7. Kesimpulan - Penggunaan semula sisa pepejal semakin penting
dalam kehidupan manusia
- Kerajaan harus menyediakan insentif serta
menjalankan kempen untuk menggalakkan
penggunaan semula sisa pepejal di negara ini.
Skema: 4 + 0
Bahagian C
Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6.
(20 markah)
5(a) Industri jualan langsung terus menerima keyakinan daripada orang ramai meskipun ketika
negara mengharungi kegawatan ekonomi. Disifatkan sebagai ‘hebat kegawatan’, industri ini nyata
dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, daripada suri rumah hingga golongan professional
kerana tidak memerlukan pelaburan besar dari segi masa, wang dan kemahiran. Risikonya pula
minimum; di samping itu, perniagaan itu memiliki kelebihan kerana boleh dijalankan secara
sambilan…
14
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Ekonomi, Januari 2007)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hebat kegawatan’?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikankebaikan
industri jualan langsung kepada negara.
Skema Jawapan
(i) ‘Hebat kegawatan’ bermaksud industri yang terus diterima masyarakat walaupun keadaan
ekonomi merosot.
(ii) Kelebihan industri jualan langsung kepada negara
a. Mewujudkan peluang pekerjaan – pengedar sama ada sambilan atau sepenuh masa/atasi
masalah pengangguran
b. Penggunaan sumber bahan mentah tempatan
c. meningkatkan aktiviti huluan dan hiliran/perusahaan kecil dan sederhana
d. meningkatkan pendapatan – negara
ATAU
5b. “…kewujudan beberapa binaan ulung tempatan serta projek mega di Malaysia nyata boleh
dijadikan kebanggaan rakyat negara ini. Hasil daripada usaha sama pihak kerajaan dan organisasi
yang dipertanggungjawabkan, beberapa binaan mega telah dapat dijayakan dan hal ini telah
membuka mata masyarakat luar sekali gus meletakkan nama negara di mata dunia dalam
kebangkitan dunia pembinaan di negara ini.”
Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, April 2008
i ) Mengapakan pembinaan projek mega boleh dibanggakan?
Pembinaan projek mega boleh menjadikan sesebuah negara terkenal
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa negara-negara
di dunia berlumba-lumba membina projek mega?
1. meningkatkan imej negara
2. menarik kehadiran pelancong
3. meningkatkan pelaburan
4. menunjukkan ketamadunan bangsa.
5. menunjukkan kekayaan ekonomi
6 (a) Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) memikul peranan yang cukup besar dan penting
kerana pusat ini dipertanggung jawabkan untuk menerima, memproses dn membekalkan data-data
berkaitan keadaan muka bumi negara ini. Teknologi penderiaan jauh atau biasa disebut sebagai
remote sensing yang menggunakan satelit diaplikasikan oleh MACRES untuk mencerap data-data
dengan lebih tepat.
Estidotmy, Utusan Malaysia, 31 Januari 2007
15
(i) Apakah remote sensing?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan
teknologi penderiaan jauh kepada negara.
Skema Jawapan
(i) Remote sensing ialah teknologi yang digunakan untuk mencerap data dengan bantuan satelit
(ii) Kepentingan teknologi penderiaan jauh kepada negara
(a) mengesan bencana alam
(b) pengurusan sumber asli dan alam sekitar
(c) menjalankan R&D dalam pelbagai bidang
(d) Pemetaan - bentuk bumi/kawasan tadahan hujan dll
(e) Pembangunan sosioekonomi/membuat keputusan – cth tanah untuk aktiviti pertanian
ATAU
6b) ‘Teknologi nano ialah teknologi berkaitan aktiviti membangun, mengendali, mengukur atau
mengubahsuai sesuatu bahan yang saiznya kurang daripada 1 mikron
( 1 per billion meter). Teknologi ini merupakan bidang sains yang termaju selepas bioteknologi dan
berkaitan dengan pembentukan alat atau bahan terbaru berasaskan sains dengan teknologi yang
boleh mengubahsuai susunan atom atau molekul…”
Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, Februari 2008
i ) Bagaimanakah kaedah teknologi nano diwujudkan?
Kaedah teknologi nano diwujudkan dengan mengubah suai struktur atom atau molekul
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan manfaat teknologi nano
kepada negara?
1. teknologi maklumat dan komunikasi – computer lebih kecil , berkuasa dan pantas, lebih
banyak informasi disimpan
2. perindustrian – penghasilan penapis udara, jaket kalis air, kamera digital, penghasilan
pakaian yang tahan panas
3. pertanian – penghasilan genetik tanaman yang mudah dikawal, baja bersifat penyerapan
yang lebih baik, terus dalam batang, akar atau daun.
4. R & D – penghasilan kosmetik yang lebih berkualiti, warna lebih semulajadi
5. Sukan – raket tenis diperbuat daripada material aluminium, titanium yang dikenali karbon
nanotiub 100 kali lebih kuat 6 kali lebih ringan, bola tennis lebih tahan lama.
6. Ketenteraan – pakaian tentera lebih ringan dan nipis, kebal daripada senjata kimia
7. Perubatan – mengurangkan saiz ubat bagi meningkatkan penyerapan dan keberkesanannya.
Ubat tidak perlu dimakan cuma disapu terus meresap ke bahagian badan.
16
Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
(15 markah)
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan peratus perubahan bilangan kes kematian dalam kemalangan pelbagai jenis
pengguna jalan raya di Malaysia bagi tahun 2006 berbanding tahun 2007.
Kes kemalangan jalanraya kerap mendapat liputan meluas dalam media cetak mahupun media
elektronik. Kes kemalangan jalanraya yang menyebabkan kematian semakin membimbangkan di
negara ini. Kemalangan jalanraya di negara ini melibatkan pelbagai jenis pengguna jalanraya.
Berdasarkan rekod yang dikeluarkan, penunggang motosikal mencatatkan bilangan kes kecederaan
dan kematian yang paling tinggi. Pada tahun 2006, sebanyak 5,756 kes kemalangan jalan raya yang
dilaporkan melibatkan penunggang motosikal. Daripada jumlah tersebut, 3 286 kes kematian telah
dicatatkan. Angka ini bertambah sebanyak 695 kes pada tahun berikutnya. Sementara itu, bilangan
kematian yang melibatkan pembonceng motosikal ialah sebanyak 474 kes pada tahun 2007 iaitu
kurang 18 kes berbanding tahun sebelumnya.
Pejalan kaki juga seringkali menjadi mangsa dalam kecelakaan jalanraya. Jumlah
kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian dan kecederaan ialah sebanyak 15,205 kes.
Namun begitu, jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada tahun 2006 hanya sebanyak 807
kes tetapi pada tahun berikutnya bilangan kematian pejalan kaki yang direkodkan berkurang
sebanyak 44 kes. Angka yang dilaporkan banyak melibatkan golongan kanak-kanak dan warga
emas.
Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalanraya. Begitu juga pemandu lori, bas dan
teksi, Walau bagaimanapun, bilangan pemandu kereta yang maut dalam kecelakaan jalan raya
adalah lebih tinggi berbanding pemandu lori, bas dan teksi. Pada tahun 2006, bilangan kematian
yang direkodkan adalah sebanyak 409 kes, iaitu lebihan sebanyak 166 kes berbanding bilangan
kematian dalam kalangan pemandu lori, bas dan teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes
pada tahun berikutnya sedangkan bilangan kematian pemandu lori, bas dan teksi berkurang menjadi
217 kes pada tahun berikutnya.
Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa kemalangan
jalanraya. Pada tahun 2006, sebanyak 1,877 kes kemalangan jalanraya yang dilaporkan melibatkan
penunggang basikal. Walaupun begitu, daripada jumlah tersebut hanya 603 kes kematian telah
dicatatkan. Angka ini merosot kepada 351 kes pada tahun 2007. Sebaliknya, dalam tempoh yang
sama pengguna jalan raya selain yang dinyatakan di atas, menunjukkan perkembangan yang
mendukacitakan. Pada tahun 2006, sebanyak 746 kes kematian direkodkan berbanding dengan
tahun berikutnya yang mencatatkan 864 kes kematian.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial,
Jabatan Perdana Menteri, 2007)
17
PERINCIAN PEMARKAHAN BAGI SOALAN 7
Perincian Kesilapan PA KT KI KJ Jumlah
A Media Tepat: Graf bar memesong 4 4 4 3 15
Salah media: selain graf bar memesong
- Rujuk jadual
- - - - 1/15
3/15
B Maklumat salah
1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk
1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
2. Tiada petunjuk/petunjuk pada muka surat lain 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
3. Tiada/salah nilai di paksi X dan Y 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
4. Tiada label peratus perubahan dan jenis
pengguna jalan raya
1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
C Teknikal
1. Semua nilai positif sahaja 1 1 1 1 4/15
2. Tiada nilai negative (tiada simbol negatif) 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
3. Semua bar dirapatkan 4 3½ 4 2½ 14/15
D 1. (a) Sumber tidak lengkap 4 4 3½ 2½ 14/15
(b) Tiada sumber 4 4 3 2 13/15
2. Jika jawapan hanya jadual sahaja
Butiran - 2 markah
Tajuk - ½ markah
Sumber - ½ markah
- - - - 3/15
Skema:
Malaysia: Peratusan Perubahan Bilangan Kes Kematian dalam Kemalangan Pelbagai Jenis
Pengguna Jalan Raya bagi Tahun 2006 Berbanding Tahun 2007.
Bil Jenis Pengguna Tahun
2006 2007
%
Perubahan
1 Penunggang motosikal 3286 3981 21.15
2 Pembonceng motosikal 492 474 -3.66
3 Pejalan kaki 807 763 -5.45
4 Pemandu kereta 409 447 9.29
5 Pemandu lori, bas dan teksi 243 217 -10.70
6 Penunggang basikal 603 351 -41.29
7 Pengguna-pengguna lain 746 864 15.82
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial,
Jabatan Perdana Menteri, 2007)
18
Malaysia: Peratusan Perubahan Bilangan Kes Kematian dalam Kemalangan Pelbagai Jenis
Pengguna Jalan Raya bagi Tahun 2006 Berbanding Tahun 2007.
Peratus
Perubahan
(%)
Penunggang motosikal
Pejalan kaki
Pemandu kereta
Pemandu lori, bas dan teksi
Penunggang basikal
Pengguna-pengguna lain
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial,
Jabatan Perdana Menteri, 2007)
30
20
10
0
-10
-20
-30
-40
-50
Jenis Pengguna
Pembonceng motosikal
19
8. Berdasarkan petikan yang diberi lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kenderaan
bermotor yang berdaftar di Malaysia bagi tahun 2005 dan 2006.
Pembangunan ekonomi negara telah meningkatkan pendapatan penduduk sekaligus
meningkatkan kuasa beli masyarakat. Selaras dengan peningkatan tersebut kemampuan untuk
membeli kenderaan juga bertambah. Pada tahun 2006 jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di
negara ini ialah 15,790,732 buah telah meningkat daripada 14,816,407 buah pada tahun
sebelumnya.
Kenderaan yang paling banyak mengalami peningkatan ialah kereta berjumlah 6,473,261
buah pada tahun 2005. Bilangan ini meningkat sebanyak 468735 buah pada tahun 2006.
Peningkatan paling ketara ialah pada jenama tempatan iaitu Proton dan Perodua. Pertambahan juga
berlaku pada kereta jenama import khususnya buatan Jepun.
Kenderaan yang paling banyak berada di atas jalan raya ialah motosikal iaitu berjumlah
7,458,128 pada tahun 2006 meningkat sebanyak 450,077 buah berbanding tahun 2005. Bilangan
remaja yang ramai dan mempunyai kemampuan untuk membeli motosikal telah meningkat bilangan
kenderaan berkenaan. Golongan berada yang suka menunggang motosikal berkuasa besar turut
menyumbang peningkatan ini.
Perkembangan industri pelancongan dan penambahbaikan dalam sektor pengangkutan
awam telah meningkatkan bilangan teksi dan kereta sewa. Walaupun bilangan agak rendah
berbanding kenderaan lain, namun wujud peningkatan yang jelas bagi kenderaan ini iaitu 79,130
buah pada tahun 2005 dan bertambah menjadi 82,047 buah pada tahun 2006.
Kecenderungan menggunakan kenderaan awam juga turut meningkatkan penggunaan bas
sebagai satu alternatif. Bilangan bas yang berdaftar turut meningkat daripada 57,370 buah pada
tahun 2005 kepada 59,991 buah pada tahun 2006. Pertambahan bilangan murid sekolah dan
kewujudan syarikat bas yang baru turut menyumbang kepada pertambahan bilangan bas.
Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan jaringan pengangkutan yang lebih baik. Oleh itu,
bilangan kenderaan barangan turut bertambah. Syarikat pengangkutan yang sedia ada telah
menambah kenderaan masing-masing. Bilangan kenderaan pada tahun 2006 ialah 836,579 buah
meningkat sebanyak 31,422 buah berbanding tahun sebelumnya.
Kenderaan-kenderaan lain juga turut meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi
negara. Peningkatan perdagangan lantaran pertambahan eksport dan import telah meningkatkan
bilangan dalam kategori kenderaan-kenderaan lain.
Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007
20
PERINCIAN SKEMA PEMARKAHAN BAHAGIAN D
Soalan 8
Perincian Kesilapan PA KT KI KJ Jumlah
A Salah media: Rujuk jadual - - - - 1/15
B Maklumat salah
1. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk
1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
2. Tiada petunjuk/petunjuk pada muka surat lain 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
3. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/
Jumlah besar
1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
4. Tiada label tahun 1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
C Carta pai perbandingan
1. (a) Dua bulatan penuh (lengkap)
4 4 4 3 15
(b) Dua bulatan penuh tetapi siap 4-6 sektor
sahaja
3 3 3 2 11/15
(c) Dua bulatan penuh tetapi siap 1-3 sektor
sahaja
2 2 2 1 7/15
2. Salah/tiada nisbah jejari/salah aplikasi 4 4 2½ 2½ 13/15
3. Tiada jumlah besar, tetapi ada nilai sebenar di
dalamnya, carta bertindih
4 2 4 2 12/15
4. Dua carta pai yang siap, tetapi di lokasi
berbeza/tiada label eksport/import/sukar
dibandingkan
1 1 1 1 4/15
5. Tidak siap/siap satu bulatan sahaja. Konsep
berbanding tiada
1 1 1 1 4/15
6. Carta berada pada muka surat berlainan dan
tidak lengkap, rujuk jadual
- - - - 3/15
7. Dua carta pai, tetapi salah satu salah maklumat
Ie: peratus, jumlah besar, dan lain-lain
1½ 1½ 1½ 1½ 6/15
D 1. (a) Sumber tidak lengkap 4 4 3½ 2½ 14/15
(b) Tiada sumber 4 4 3 2 13/15
2. Jika jawapan hanya jadual sahaja
Butiran - 2 markah
Tajuk - ½ markah
Sumber - ½ markah
- - - - 3/15
21
Malaysia: Perbandingan Bilangan Kenderaan Bermotor Berdaftar,
2005-2006
Bil 2005 2006
Kenderaan Bilangan
(buah)
Peratus
( % )
Sudut
(360)
Bilangan
(Buah)
Peratus
( % )
Sudut
(360)
1. Kereta 6,473,261 43.69 157.32 6,941,996 43.96 158.25
2. Motosikal 7,008,051 47.30 170.28 7,458,128 47.23 170.00
3. Teksi dan
kereta
sewa
79,130 0.53 1.92 82,047 0.52 1.87
4. Bas 57,370 0.39 1.39 59,991 0.38 1.37
5. Kenderaan
barangan
805,157 5.43 19.56 836,579 5.30 19.08
6. Kenderaankenderaan
lain
393,438 2.66 9.56 411,991 2.61 9.4
Jumlah 14,816,407 100.00 360 15,790,732 100.00 360
Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, 2006
22
27
Bahagian E
Jawab satu soalan sahaja dari bahagian ini (15 markah)
9. Berdasarkan jadual di bawah tafsirkan keadaan pencari kerja mengikut
kumpulan umur di Malaysia antara tahun 2003 hingga 2006.
Malaysia : Bilangan Pencari Kerja Mengikut Kumpulan Umur,
2003 – 2006
Tahun Kumpulan Umur
15-19 20-24 25-29 30+
Jumlah
(orang)
2003 6,796 16,742 4,581 3,589 31,708
2004 5,767 14,765 5,178 3,291 29,001
2005 2,091 14,047 6,356 4,733 27,227
2006 1,989 13,567 6,408 3,864 25,828
Sumber: dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, 2006
Skema 9.
Pengenalan
Bilangan pencari kerja semakin meningkat di negara ini.
Bil. Idea Huraian
A.
1.
Jumlah keseluruhan pencari kerja menurun
31,708 orang (2003) kepada 25,828
orang pada tahun 2006 iaitu turun 5,880
orang
% penurunan ialah 18.54%
Alasan: Pertumbuhan ekonomi di negara
ini telah menambah peluang pekerjaan/
Banyak jawatan baru diwujudkan dalam
pelbagai sektor ekonomi/kerajaan/swasta.
2. Pola menurun
Kumpulan umur 15 – 19 tahun
2003 – 6,796 orang kepada
2006 – 1,989 orang iaitu turun 4,807
orang
% penurunan – 70.73%
Kumpulan umur 20 – 24 tahun
2003 – 16,742 orang
27
2006 – 13,567 orang iaitu turun 3,175
orang
% penurunan – 18.96%
Alasan: Kesedaran dalam kalangan
pencari kerja untuk melanjutkan pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi
3. Pola meningkat Kumpulan umur 25 – 29 tahun
2003 – 4,581 orang kepada
2006 – 6,408 orang iaitu bertambah
sebanyak 1,827 orang
% pertambahan – 39.88%
Alasan: Sikap pencari kerja/graduan yang
memilih pekerjaan/peluang pekerjaan
yang ditawarkan kurang sesuai dengan
jurusan yang diambil oleh
graduan/pencari kerja tiada kemahiran
tambahan (fasih berbahasa
Inggeris/kemahiran asas computer)
4. Pola tidak stabil Kumpulan umur 30 tahun ke atas
2003 – 3,589 orang kepada
2004 – 3,291 orang iaitu turun sebanyak
298 orang dan % penurunan 8.30%
2004 – 3,291 orang kepada
2005 – 4,733 orang iaitu pertambahan
sebanyak 1,442 orang dan % kenaikan
sebanyak 43.81%
2005 – 4,733 orang kepada
2006 – 3,864 orang iaitu penurunan
sebanyak 869 orang dan % penurunan
18.36%
Alasan: keadaan pasaran kerja yang
tidak menentu mempengaruhi
penempatan pencari kerja dalam
kumpulan ini.
B.
4.
Tahun 2003
Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24
tahun iaitu 16,742 orang (52.80%)
paling sedikit – kumpulan umur 30 tahun
ke atas 3,589 orang daripada
keseluruhan 31,708 orang (11.32%)
Alasan ramai :
Ramai graduan menamatkan pengajian
mereka.
27
Alasan sedikit: Pencari kerja dalam
kalangan wanita menumpukan perhatian
kepada rumah tangga
5. Tahun 2004 Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24
tahun iaitu 14,765 orang (50.91%)
paling sedikit – kumpulan umur 30 tahun
ke atas 3,291 orang daripada
keseluruhan 29,001 orang (11.35%)
Alasan ramai : Ramai graduan kali
pertama kali mencari kerja.
Alasan sedikit : Golongan wanita
menumpukan perhatian terhadap rumah
tangga
6. Tahun 2005 Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24
tahun iaitu 14,047 orang (51.59%)
paling sedikit – kumpulan umur 15 – 19
tahun 2,091 orang daripada keseluruhan
27,227 orang. (7.68%)
Alasan ramai : Graduan telah tamat
pengajian mencari pekerjaan
Sebab sedikit – langkah kerajaan
menggalakkan pelajar menamatkan
pengajian menengah di peringkat SPM
dan ke atas
7. Tahun 2006 Paling ramai – kumpulan umur 20 – 24
tahun iaitu 13,567 orang (52.53%)
paling sedikit – kumpulan umur 15 – 19
tahun 1,989 orang daripada keseluruhan
25,828 orang (7.70%)
Alasan ramai : Graduan yang telah tamat
pengajian mencari kerja buat kali
pertama.
Sebab sedikit – langkah kerajaan
menggalakkan pelajar menamatkan
pengajian menengah di peringkat SPM
dan ke atas
27
Penutup
Skema: 2 + 1 atau 1 + 2
1. Markah Idea 3 X 1 m
2. Markah huraian = Bukti 3 X 2 markah
Markah alasan = 3 X 1m
Idea = 3
Huraian= 9 (3x 3m)
Bahasa = 1
Rumusan = 2
--------------
15
Skema 10
Pengenalan
Rajah yang dipetik dan diubahsuai daripada Prinsip pemasaran, Kotler dan Armstrong
menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan penentuan harga.
Idea Huraian
Faktor Dalaman
1. Objektif pemasaran
- strategi keluaran, produk dikeluarkan untuk pasaran tertentu
sama ada golongan yang berpendapatan tinggi atau golongan
bawahan Harga akan berbeza.
- maksimum untung, ada syarikat yang mengambil kira
kebajikan atau perkhidmatan, namun ada yang meletak harga
yang tinggi untuk dapat keuntungan banyak.
- kepimpinan syer pasaran, harga akan dibezakan dengan
matlamat tinggikan jualan atau tinggikan keuntungan.
- penakatan harga, harga boleh ditakatkan mengikut objektif
syarikat
2. Campuran Pemasaran - harga ditentukan oleh jenis produk yang dikeluarkan, produk
yang berkualiti dan kurang boleh membezakan harga.
- Pengagihan atau penyampaian kepada pelanggan
memerlukan kos yang berbeza yang membezakan harga
sesuatu barang.
- kos promosi membezakan harga sesuatu produk. Promosi
yang hebat melibatkan kos yang tinggi
3. Kos - kos tetap melibatkan aset tetap seperti bangunan, tanah dan
sebagainya
- kos berubah yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar
berbeza mengikut kos yang ditanggung.
- jumlah pengeluaran yang berbeza boleh melibatkan kos
yang berbeza.
27
4. Pertimbangan
organisasi
- keputusan penentuan harga bergantung kepada pentadbiran
dan pengurusan syarikat.
- pengurusan atasan, bahagian, kewangan dan jrujual boleh
menentukan harga mengikut bidang kuasa masing-masing.
Faktor Luaran
5. Pasaran dan
Permintaan
- harga ditentukan oleh permintaan di pasaran oleh pembeli
dn pengguna.
- pasaran yang luas boleh membezakan harga, permintaan
yang tinggi boleh menaikkan harga.
- layanan dan perkhidmatan yang baik menambahkan
permintaan dan harga boleh berbeza
6. Persaingan - pesaing perniagaan dalam pasaran boleh mengubah harga.
Jika pesaing mempunyai kos dan harga yang rendah harga
boleh mengubah harga yang ditawarkan.
- kualiti produk pesaing menyebabkan pembeli lebih berminat
membeli barangan pesaing dan harga perlu diturunkan.
7. Persekitaran - keadaan ekonomi Negara dan dunia boleh mempengaruhi
harga. Inflasi yang berlaku menaikkan harga produk.
- kerajaan boleh mengawal harga dengan dasar yang
ditetapkan seperti barangan kawalan dengan harga siling.
- keadaan persekitaran yang berlaku dan prihatin syarikat
membolehkan harga dibezakan.
Kesimpulan.
Banyak faktor yang boleh mempengaruhi penentuan harga. Ada faktor yang boleh
dikawal oleh syarikat dan ada faktor di luar kawalan syarikat. Sememangnya sesebuah
syarikat ingin memaksimumkan keuntungan tetapi tidak boleh menaikkan harga kerana
ada faktor lain yan perlu diambil kira.
Skema. 2 + 2.
Nota. 1. Setiap satu isi mesti dicatat faktor luaran atau faktor dalaman, jika tidak isi dan
huraian TR.
27
27

No comments: