Sunday, October 19, 2008

Soalan Trial Pahang K1


SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
900/1
SEPTEMBER 2008
2 Jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008
PENGAJIAN AM
KERTAS 1
DUA JAM
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN
Ada enam puluh soalan dalam kertas ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya
pada Borang Jawapan Anelka Pilihan yang berasingan.
Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.
Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: Jumlah
markah anda dalam peperiksann kertas ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan
betul
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
1.
• Meningkatkan mutu perkhidmatan .
• Mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Penyataan di atas merujuk kepada
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Persyarikatan
C. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
D. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
2. Dasar Sains dan Teknologi bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berdikari
dalam bidang saintifik dan teknologi melalui
A menarik syarikat yang berteknologi tinggi ke Malaysia.
B penggalakan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastuktur dalam
bidang pelajaran.
C menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk memudahkan
penerapan Teknologi baru.
D Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan
industri baru.
3.
• Mewujudkan pembangunan yang seimbang dalam
mencapai perpaduan
• Ekonomi berasaskan pengetahuan
Penyataan di atas merujuk kepada
A Dasar Pembangunan Nasional
B Dasar Wawasan Negara
C Dasar Sosial dan Pentadbiran
D Dasar Pendidikan Kebangsaan
4. Yang manakah antara berikut benar tentang Dasar Telekomunikasi Negara?
I Dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Penerangan.
II Mengurangkan penggunaan telefon awam berbanding telefon bimbit.
III Memperluas penggunaan telekomunikasi di kalangan rakyat Malaysia
IV Menggalakkan persaingan sihat antara syarikat-syarikat telekomunikasi.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
5.
• Membangunkan ”K-Ekonomi” mengikut Pelan Induk
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
Yang manakah antara berikut berkaitan dengan penyataan di atas?
I Merapatkan jurang digital
II Membagunkan sistem infrastruktur
III Meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk
IV Mengadakan kawalan terhadap kemasukan pekerja asing tanpa izin
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III an IV
6.
Objektif:
• Menghasilkan ubat yang berkesan daripada sumber asli.
• Membina kemampuan sumber tenaga yang mesra alam.
Objektif di atas merujuk kepada
A Dasar Perhutanan Negara
B Dasar Perindustrian Negara
C Dasar Bioteknologi Negara
D Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
7. Yang manakah antara berikut merupakan strategi dalam Rancangan Malaysia
ke-9 untuk melahirkan modal insan kelas pertama?
I Menangani gejala rasuah
II Menangani ketidaksamaan sosioekonomi
III Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
IV Memupuk masyarakat berbudaya dan bermoral tinggi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
8. Yang manakah antara berikut potensi Malaysia untuk membangunkan
Bioteknologi Negara?
I Kelebihan biodiversiti negara
II Mendapatkan sokongan daripada kerajaan
III Kejayaan Malaysia dalam melahirkan angkasawan negara.
IV Kesanggupan negara maju bekerjasama dengan negara kita
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
9. Yang manakah antara berikut merupakan sasaran utama dalam Pelan Integriti
Nasional?
I Mengurangkan gejala rasuah dan penyelewengan kuasa
II Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
III Mewujudkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta dalam
pembangunan negara.
IV Melahirkan masyarakat yang berusaha meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
10. Yang manakah langkah yang dijalankan untuk mengurangkan jurang digital
antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar?
I Sekolah Bestari
II Program Celik IT
III Rangkaian SchoolNet
IV Seorang Pelajar Satu Komputer
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
11. Yang manakah isu yang melibatkan Malaysia dengan Negara ASEAN yang lain?
I Tuntutan Sabah oleh Filipina
II Pelampau agama di Indonesia
III Keganasan di Selatan Thailand
IV Pembuangan sisa toksik oleh Singapura
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan I
12.
 Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan
 Membaiki kualiti hidup di serata rantau ASEAN
 Bersatu dalam menghadapi isu ekonomi antarabangsa
Penyataan di atas merujuk kepada
A. Komuniti Ekonomi ASEAN
B. Projek Perindustrian ASEAN
C. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
D. Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia.
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
13. Yang manakah kesan perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA)
A. Peningkatan harga petroleum
B. Peningkatan harga produk tempatan
C. Peningkatan kedatangan Pelancong asing
D. Peningkatan eksport minyak kelapa sawit.
14. Yang manakah Negara terakhir yang menganggotai ASEAN?
A. Kemboja
B. Laos
C. Myanmar
D, Timur Laste.
15. Yang manakah bidang kerjasama yang berkaitan dengan Asia Timur?
I Kewangan
II Pertanian
III Teknologi
IV Pendidikan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
16. Yang manakah peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali
(NAM)?
I Kerjasama Multilateral antara anggota
II Mewujudkan Zon Perdagangan antara anggota
III Kerjasama mengawal kenaikan harga komoditi utama
IV Mewujudkan pejabat Perwakilan di beberapa buah Negara.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
17. Yang manakah isu yang pernah disuarakan oleh Malaysia dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?
I Pelan kewangan antarabangsa
II Mewujudkan kawasan perdagangan bebas
III Penyusunan semula Majlis Keselamatan PBB
IV Menyokong tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada tahun 2003.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
18.
 Merealisasikan Kerjasama Selatan-selatan
 Sidang kemuncak yang pertama diadakan di Kuala Lumpur
Penyataan di atas merujuk kepada mesyuarat
A. Kumpulan Lima Belas (G15)
B. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
C. Pertubuhan Negara-negara komanwel
D. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
19. Yang manakah penyataan yang benar tentang Suruhanjaya Selatam-Selatan?
I Mendapatkan bantuan pinjaman dari Bank Selatan
II Menyelesaikan masalah perdagangan Utara-Selatan
III Membentuk kerjasama Negara Selatan dari segi ekonomi
IV Membincangkan semula beban hutang luar Negara Dunia ketiga.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
20. Yang manakah merupakan tujuan isu Antartika ditimbulkan semasa sidang
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1982?
I Antartika semakin diancam pencemaran
II Mengelakkan dijadikan kawasan penempatan tentera
III Bertentangan dengan Konvensyen Undang-undang Laut Bangsa-bangsa
bersatu
IV Menggalakkan Negara Maju menggunakan bahan mentah yang sedia
ada
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
21. Yang manakah merupakan perkara yang memerlukan Parlimen mendapat
sokongan majoriti 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta
persetujuan Majlis Raja-Raja.
A Warisan takhta
B Keagamaan
C Kuasa Perundangan
D Bahasa Kebangsaan dan Kewarganegaraan
22. Yang manakah benar tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
A Menggubal dasar Perkhidmatan Awam
B Mengesahkan jawatan kakitangan awam
C Memberikan latihan kepada kaki tangan awam
D Meluluskan penambahan jawatan baru dalam Perkhidmatan Awam
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
23. Encik Y dilahirkan di London dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1950. Encik Y memperoleh kewarganegaraan Malaysia
secara
A Masukan
B Pendaftaran
C Percantuman wilayah
D Kuat kuasa undang-undang
24.
Peranan Khas X
• Membasmi kemiskinan relatif
• Menyediakan pusat perkhidmatan untuk kontraktor bumiputera
Peranan X merujuk kepada
A. Unit Perancang Ekonom
B. Majlis Pembangunan Negara
C Unit Penyelarasan Pelaksanaan
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
25
Kementerian Fungsi
I Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Mengawal harga barang keperluan
semasa musim perayaan
II Kementerian Luar Negeri Memberikan permit kebenaran
untuk mengimport kereta
III Kementerian Tenaga , Komunikasi,
dan Multimedia
Mengeluarkan lesen kepada
syarikat televisyen
IV Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri
Mendaftarkan cap perdagangan dan
paten syarikat
Yang manakah padanan yang betul antara kementerian dengan fungsinya?
A. I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
26
• Pemecatan melalui tribunal
• Pelantikan mendapat perkenan Majlis Raja-raja
Penyataan di atas merujuk kepada jawatan
I Peguam Negara
II Ketua Hakim Negara
III Setiausaha Dewan Rakyat
IV Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
27. Yang manakah antara berikut benar tentang kabinet ?
I Merupakan badan pentadbiran tertinggi dalam negara
II Diketuai oleh Perdana Menteri yang juga ahli Dewan Rakyat
III Menjalankan tugas berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong
IV Merupakan badan pemerintah tertinggi dan pembentuk dasar utama
negara
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
28 Yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja ?
I Melantik seorang Menteri Besar
II Melantik Hakim Mahkamah Sesyen
III Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
IV Mengurniakan gelaran dan bintang kebesaran negeri
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
29. Yang manakah penyataan yang benar tentang tugas Yang di-Pertua Negeri ?
I Menghadiri semua perbahasan di Dewan Undangan Negeri
II Merupakan sebahagian daripada anggota badan perundangan negeri
III Mempunyai kuasa budi bicara untuk menolak permohonan membubarkan
Dewan Undangan Negeri
IV Mengampuni orang yang disabitkan kesalahan di Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Awam negeri masing-masing
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
30 Yang manakah benar tentang Ketua Kerajaan Negeri ?
A Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
B Dipilih terus oleh rakyat melalui pilihan raya umum
C Mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri
D Memegang jawatan sehingga pelantikan dibatalkan oleh Perdana Menteri
31
Negeri Y merujuk kepada
I Perak
II Sabah
III Melaka
IV Pulau Pinang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
32. Yang manakah merupakan fungsi Pejabat Kewangan Negeri ?
I Mengurus pentadbiran kewangan peringkat negeri
II Membuat laporan kepada Bank Negara tentang kedudukan kewangan
negeri
III Mengurus pembayaran perbelanjaan kepada Jabatan Pelajaran dan
Jabatan Imigresen Negeri
IV Mengurus peruntukan wang kepada agensi-agensi negeri mengikut
arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
 Setiausaha Kerajaan Negeri
 Pegawai Kewangan Negeri
 Penasihat Undang-undang Negeri
Negeri X
Ketiga-tiganya mengambil bahagian dalam
prosiding Dewan Undangan Negeri
Negeri Z
Ketiga-tiganya tidak berhak menghadiri
Persidangan Dewan Undangan Negeri
Negeri Y
Hanya Penasihat Undang-undang negeri sahaja
mengambil bahagian dalam prosiding Dewan
Undangan Negeri
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
33. Yang manakah antara berikut yang menjadi penasihat kepada Sultan atau Yang Di-
Pertua Negeri dalam pentadbiran Kerajaan Negeri ?
A Dewan Undangan Negeri
B Setiausaha Kerajaan Negeri
C Menteri Besar atau Ketua Menteri
D Penasihat Undang-undang Negeri
34 Yang manakah penyataan yang benar tentang tanggungjawab Kerajaan
Tempatan ?
I Pungutan cukai tanah
II Pengurusan pasar dan gerai
III Memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri
IV Menyediakan kemudahan rekreasi dan perkhidmatan kepada penduduk
setempat
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
35. Yang manakah merupakan kriteria pemberian geran oleh Kerajaan Persekutuan
kepada Pihak Berkuasa Tempatan?
I Panjang jalan raya
II Bilangan penduduk
III Jumlah hasil kutipan
IV Bilangan bangunan awam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
36.
Memperkenankan rang Memanggil Parlimen
Undang-undang bersidang
Fungsi X
Membubarkan atau Memberi ucapan
Memberhentikan dan merasmikan
persidangan Parlimen pembukaan Parlimen
Fungsi X merujuk kepada fungsi
A. Ketua Majlis
B. Speaker Dewan
C. Setiausaha Dewan
D. Yang di-Pertuan Agong
37. Yang manakah merupakan fungsi Jabatan Hal-ehwal Agama Islam?
I Menguruskan baitulmal
II mengesahkan penceraian umat Islam
III Memungut zakat daripada umat Islam
IV Menjatuhkan hukuman kepada umat Islam yang berkhalwat
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
38. Yang manakah pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf Rang Enakmen
Kerajaan Negeri?
A. Jabatan Peguam Negeri
B. Penasihat Undang-undang Negeri
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
39. Yang manakah layak mengundi melalui pos?
I Z menjalankan perniagaan di India
II Y sedang menjalani rawatan pakar di London
III R menemani suaminya bertugas di kedutaan Mesir
IV X seorang tentera yang bertugas di sempadan Indonesia
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
40.
 Dibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat atau kerajaan yang
menyentuh kepentingan atau hak individu
Penyataan di atas merujuk kepada
A. Rang undang-undang awam
B. Rang undang-undang hibrid
C. Rang undang-undang Persendirian
D. Rang undang-undang ahli persendirian
41. Yang manakah benar tentang perlantikan hakim-hakim tetap ?
I Memegang jawatan secara berterusan sehingga usia 66 tahun 6 bulan
II Saraan hakim dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang yang
Disatukan
III Perlantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Undang-undang.
IV Dalam masa 10 tahun sebelum perlantikan dan pernah menjadi peguam
Mahkamah Persekutuan atau Peguam Mahkamah Tinggi
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
42.
Kes Mahkamah
Encik X menuntut tunggakan sewa rumah satu tahun
berjumlah RM 40,000 daripada Cik Z.
Yang manakah benar tentang kes mahkamah antara Encik X dengan Cik Z di
atas?
I Kes ini mesti didakwa oleh Pendakwa Raya
II Encik X mesti mendapatkan writ terlebih dahulu
III Kes ini boleh dibicarakan di mahkamah Majistret
IV Encik X adalah palintif dan Cik Z adalah defenden
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
43. Yang manakah merupakan situasi yang membolehkan petisyen pilihan raya
dikemukakan?
A Kemenangan calon dikaitkan dengan rasuah
B Berlakunya kekecohan di tempat pembuangan undi.
C Tidak menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya
D Seorang calon bertanding lebih daripada satu kawasan parlimen.
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
44. Satu dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi bagi memerintahkan
pihak pembela supaya hadir pada masa dan dalam tempoh yang ditetapkan
dikenali sebagai
A Writ
B Waran
C Injuksi
D Surat guaman
45. Antara yang berikut, jawatan yang manakah boleh dipecat oleh Yang di-
Pertuan Agong atas cadangan sebuah tribunal ?
I Menteri
II Perdana Menteri
III Ketua Audit Negara
IV Hakim Besar Malaya
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III an IV
Soalan 46 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1 : Jumlah Kematian Kemalangan Jalan raya sepanjang Ops Sikap
Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2006 dan 2007
Bilangan kematian
Kenderaan
2006 2007
Penunggang dan pembonceng motosikal 124 130
Pemandu dan penumpang kereta 55 43
Lori dan basikal 9 12
Van 9 8
Lain-lain kenderaan 10 9
Pejalan kaki 17 16
Jumlah 223 220
46. Antara yang berikut yang manakah yang benar tentang jadual di atas?
I Peratus perubahan jumlah kematian kemalangan jalanraya ialah -1.35%
II Kadar kematian bagi pemandu dan penumpang kereta mengalami
penurunan
III Peratus penurunan kematian bagi pejalan kaki dan lain-lain kenderaan
adalah sama.
IV Kadar kematian pejalan kaki bagi tahun 2007 adalah lebih tinggi
berbanding dengan tahun 2006
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
47. Barangan : Toyota Avanza ( 2.0 E)
Harga : RM 97 000. 00
Bayaran pendahuluan : RM 10 000.00
Cara bayaran : Ansuran
Tempoh bayaran : 9 tahun
Kadar faedah : 3.5 % setahun
Hitungkan bayaran setahun yang perlu dijelaskan.
A RM 14,172.78
B RM 12,711.67
C RM 926.34
D RM 833.75
48. Di sebuah kebun terdapat tanaman terung, tomato dan tebu 3 batas telah
ditanam dengan pokok tomato, 7 batas pokok terung dan 5 batas lagi pokok
tebu. Jika terdapat 12 batang pokok tebu dan 10 batang pokok terung pada
setiap baris dan nisbah bilangan pokok tomato kepada pokok tebu ialah 3 : 5,
berapakah bilangan semua pokok yang terdapat di kebun tersebut?
A 150
B 166
C 130
D 190
Soalan 49 dan 50 berdasarkan Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 : Eksport Kasar Malaysia Mengikut Sektor Tertentu bagi Tahun 2000 dan
2005
Jumlah Eksport Kasar (RM juta)
Sektor 2000 2005
Pertanian 37,421 22,892
Perlombongan 52,321 26,877
Pembuatan 429,873 317,908
Lain-lain 14,175 5,593
Jumlah 533,790 373,270
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dagangan Barangan, 2000-2005)
49. Yang manakah benar tentang jadual di atas ?
I Nisbah jejari yang digambarkan dalam bentuk carta pai berbanding
ialah 1: 1.2
II Jumlah eksport kasar telah menurun sebanyak 30% pada tahun 2005
berbanding tahun 2000.
III Sektor perlombongan menunjukkan peratus penurunan eksport kasar yang
paling tinggi antara tahun 2000 hingga tahun 2005.
IV Perbezaan sumbangan peratusan eksport kasar bagi pertanian antara
tahun 2000 dengan tahun 2005 ialah 0.88%
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
50. Sekiranya butiran eksport Malaysia bagi tahun 2000 dan 2005 digambarkan
dalam bentuk carta pai berbanding, berapakah perbezaan bacaan sudut bagi
sektor pembuatan?
A 4.6 °
B 9.4 °
C 16.7 °
D 18.4 °
51. P, Q, R, S dan T ialah pekebun kecil tanaman buah jambu batu. Pada bulan
Januari 2007, pengeluaran jambu batu adalah seperti berikut : Kebun T
mengeluarkan 2 kali ganda buah jambu batu kebun S dan pengeluaran kebun S
adalah 2 kali ganda kebun R. Pengeluaran kebun P adalah 3 kali ganda kebun
R, pengeluaran kebun Q adalah purata kebun P dan kebun R. Jika jumlah
pengeluaran mereka adalah 12 000 biji jambu batu, kebun manakah yang
mengeluarkan 3000 biji jambu batu pada bulan itu?
A P
B Q
C R
D T
52.
• Semua kayu boleh diukir.
• Sesetengah kayu berwarna neutral
• Semua rumah diperbuat daripada kayu
Yang manakah benar tentang kayu dan rumah ?
I Semua papan boleh diukir
II Semua papan boleh diukir dan berwarna neutral.
III Semua papan diperbuat daripada kayu dan boleh diukir
IV Semua rumah diperbuat daripada kayu dan berwarna neutral.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
53. Satu pilihan raya telah diadakan di sebuah IPTA. Pada peringkat permulaan
seramai 30 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk bertanding. Dua calon
telah menarik diri manakala tiga orang pelajar telah dibatalkan pencalonan
mereka kerana tidak memenuhi syarat. Seorang calon telah menang tanpa
bertanding dan seorang lagi telah mendaftarkan diri pada hari akhir pencalonan.
Berapa orang calonkah yang telah bertanding pada hari pilihan raya itu
diadakan?
A 24
B 25
C 26
D 28
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
54.
• 5 pasukan rumah sukan, Wira, Waja, Satria, Putra dan Perdana sedang
membuat perbarisan di atas padang.
• Pasukan Wira bersebelahan dengan Pasukan Putra dan selang satu
pasukan dengan Pasukan Satria
• Pasukan Waja dan Pasukan Satria tidak berbaris bersebelahan
Kedudukan yang paling tepat untuk perbarisan tersebut adalah
A. Satria, Perdana, Wira, Putra, Waja
B Wira, Putra, Satria, Waja, Perdana
C Satria, Perdana, Waja, Wira, Putra
D Putra, Wira, Waja, Satria, Perdana
55. A ialah anak B dan cucu C. Ketika A lahir, B suda h berusia 31 tahun 6 bulan dan C
sudah hampir 56 tahun. Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada 30 Mei 1972, C
meninggal dunia. Ketika itu A baru dua bulan menyambut hari jadinya. Bilakah A
dilahirkan ?
A 31 Mac 1928
B 31 Mac 1952
C 30 April 1952 jadu
D 31 Mei 1952
Soalan 56 berdasarkan Jadual 3 di bawah
Jadual 3: Jumlah Penduduk di Beberapa buah Negara pada Tahun 1970 dan 2010
Jumlah penduduk Negara ( juta orang)
1970 2110
Asia Tengah 112.5 233.1
Asia Timur 100.8 274.9
Afrika 30.5 76.7
Eropah 208.9 293.7
Amerika Utara 105.8 169.1
Amerika Latin 65.7 159.2
Asia Selatan 264.0 659.2
56. Berdasarkan jadual 3 di atas,Negara manakah yang mencatat peratusan
pertambahan penduduk yang tertinggi pada tahun 2010 berbanding 1970?
A. Afrika
B. Asia Timur
C. Asia Tengah
D. Amerika Latin
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
Soalan 57 berdasarkan penyataan di bawah
Sekolah T mempunyai 720 orang pelajar. 400 orang daripadanya ialah pelajar
lelaki. Enam puluh peratus daripada mereka ini berasal dari desa manakala
selebihnya dari bandar. Dua puluh peratus daripada pelajar perempuan berasal
dari bandar, manakala selebihnya dari desa. Tujuh puluh lima peratus daripada
pelajar dan semua pelajar perempuan mengikuti aliran sains.
57. Berapakah bilangan pelajar yang mengikuti aliran sains?
A. 160 orang
B. 300 orang
C. 320 orang
D. 620 orang
58. Pada setiap bulan En Z mampu membuat simpanan sebanyak RM370.00
sebulan di Bank XX yang menawarkan kadar faedah 7.0% setahun. Namun,
pada bulan Disember setiap tahun En Z hanya mampu membuat simpanan 50%
daripada kebiasaanya. Berapakah wang En Z yang terkumpul di Bank XX jika En
Z telah membuat simpanan selama 5 tahun?
A. RM22200.00
B. RM23754.00
C. RM22329.50
D. RM22764.50
Soalan 59 dan 60 berdasarkan Jadual 4 di bawah
Jadual 4: Senarai hutang tertunggak mengikut negeri 2007
Negeri RM Juta
Kelantan 11.6
Selangor 587.45
Kedah 385.23
Johor 365.8
Pahang 309.13
Terengganu 300.34
*Sarawak negeri terbaik dalam membayar hutang
*Hutang Kelantan untuk bekalan air ialah RM398 juta yang perlu dibayar selama
20 tahun (Sumber: Dipetik daripada Akbar Siasah, Mac 2008)
59. Berdasarkab jadual 4 di atas, peratus hutang tertunggak negeri kedah ialah
A. 12.4%
B. 17.4%
C. 19.7%
D. 31.4%
SULIT
STPM 900/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
60. Yang manakah benar tentang negeri Sarawak yang merupakan pembayar
hutang terbaik?
I. Keadaan politik Sarawak yang Stabil
II. Bilangan penduduk Sarawak tidak ramai
III. Dataran sungai di Sarawak telah dibangunkan
IV. Hasil pembalakan di Sarawak amat menguntungkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

No comments: