Sunday, October 19, 2008

Trial PA2 Pahang

STPM 900/2
PAHANG
900/2
Pengajian
Am PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2008
Kertas 2 SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
3 jam NEGERI PAHANG DARULMAKMUR
PENGAJIAN AM
Kertas 2
3 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. JAWAB ENAM SOALAN. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan
E dan 2 soalan dalam bahagian C
2. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
3. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurang [ ]
______________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak
2
Bahagian A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25 markah]
1. Penggunaan kad kredit bukan lagi dianggap sebagai suatu kemewahan tetapi suatu
keperluan masa kini, namun begitu penggunaan kad kredit mempunyai risiko yang
tersendiri. Bincangkan.
2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani
kehidupan seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan
mengambil OKU bekerja di organisasi mereka. Bincangkan.
Bahagian B
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25 markah]
3. Hutan merupakan sumber kehidupan yang penting kepada manusia. Namun
kemusnahan hutan akan menjejaskan kestabilan ekologi. Bincangkan .
4. Kemajuan sains dan teknologi membolehkan sisa pepejal dimanfaatkan sepenuhnya
oleh manusia. Jelaskan kepentingan penggunaan semula sisa pepejal kepada
manusia dan alam sekitar.
3
Bahagian C
Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada
soalan 6. (20 markah)
5 (a) Industri jualan langsung terus menerima keyakinan daripada orang ramai
meskipun ketika negara mengharungi kegawatan ekonomi. Disifatkan sebagai
‘hebat kegawatan’, industri ini nyata dapat menarik minat pelbagai lapisan
masyarakat, daripada suri rumah hingga golongan profesional kerana tidak
memerlukan pelaburan besar dari segi masa, wang dan kemahiran. Risikonya
pula minimum; Namun begitu, perniagaan ini memiliki kelebihan kerana boleh
dijalankan secara sambilan…
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Ekonomi, Januari 2007)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘hebat kegawatan’?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
kebaikan-kebaikan industri jualan langsung kepada negara.
ATAU
5 (b) “…kewujudan beberapa binaan ulung tempatan serta projek mega di Malaysia
nyata boleh dijadikan kebanggaan rakyat negara ini. Hasil daripada usaha sama
pihak kerajaan dan organisasi yang dipertanggungjawabkan, beberapa binaan
mega telah dapat dijayakan dan hal ini telah membuka mata masyarakat luar
sekali gus meletakkan nama negara di mata dunia dalam kebangkitan dunia
pembinaan di negara ini.”
(Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, April 2008)
(i) Mengapakan pembinaan projek mega boleh dibanggakan?
(iii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
mengapa negara-negara di dunia berlumba-lumba membina projek mega?
4
DAN
6 (a) Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) memikul peranan yang cukup besar
dan penting kerana pusat ini dipertanggungjawabkan untuk menerima, memproses
dan membekalkan data-data berkaitan keadaan muka bumi negara ini. Teknologi
penderiaan jauh atau biasa disebut sebagai remote sensing yang menggunakan
satelit diaplikasikan oleh MACRES untuk mencerap data-data dengan lebih tepat.
(Estidotmy, Utusan Malaysia, 31 Januari 2007)
(i) Apakah remote sensing?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
kepentingan teknologi penderiaan jauh kepada negara.
ATAU
6 (b) ‘Teknologi nano ialah teknologi berkaitan aktiviti membangun, mengendali,
mengukur atau mengubahsuai sesuatu bahan yang saiznya kurang daripada 1
mikron (1 per billion meter). Teknologi ini merupakan bidang sains yang termaju
selepas bioteknologi dan berkaitan dengan pembentukan alat atau bahan terbaru
berasaskan sains dengan teknologi yang boleh mengubahsuai susunan atom atau
molekul…”
(Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy, Februari 2008)
(i) Bagaimanakah kaedah teknologi nano diwujudkan?
(iii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
manfaat teknologi nano kepada negara?
5
Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf. (15 markah)
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan bilangan kes kematian dalam
kemalangan pelbagai jenis pengguna jalan raya di Malaysia bagi tahun 2006
berbanding tahun 2007.
Kes kemalangan jalanraya kerap mendapat liputan meluas dalam media cetak
mahupun media elektronik. Kes kemalangan jalanraya yang menyebabkan
kematian semakin membimbangkan di negara ini. Kemalangan jalanraya di negara
ini melibatkan pelbagai jenis pengguna jalanraya. Berdasarkan rekod yang
dikeluarkan, penunggang motosikal mencatatkan bilangan kes kecederaan dan
kematian yang paling tinggi. Pada tahun 2006, sebanyak 5,756 kes kemalangan
jalan raya yang dilaporkan melibatkan penunggang motosikal. Daripada jumlah
tersebut, 3 286 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini bertambah sebanyak 695
kes pada tahun berikutnya. Sementara itu, bilangan kematian yang melibatkan
pembonceng motosikal ialah sebanyak 474 kes pada tahun 2007 iaitu kurang 18
kes berbanding tahun sebelumnya.
Pejalan kaki juga seringkali menjadi mangsa dalam kecelakaan jalanraya. Jumlah
kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian dan kecederaan ialah sebanyak
15,205 kes. Namun begitu, jumlah kematian pejalan kaki yang direkodkan pada
tahun 2006 hanya sebanyak 807 kes tetapi pada tahun berikutnya bilangan
kematian pejalan kaki yang direkodkan berkurang sebanyak 44 kes. Angka yang
dilaporkan banyak melibatkan golongan kanak-kanak dan warga emas.
Pemandu kereta juga banyak menemui ajal di jalanraya. Begitu juga pemandu lori,
bas dan teksi, Walau bagaimanapun, bilangan pemandu kereta yang maut dalam
kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi berbanding pemandu lori, bas dan teksi.
Pada tahun 2006, bilangan kematian yang direkodkan adalah sebanyak 409 kes,
iaitu lebihan sebanyak 166 kes berbanding bilangan kematian dalam kalangan
pemandu lori, bas dan teksi. Bilangan ini terus meningkat sebanyak 38 kes pada
tahun berikutnya sedangkan bilangan kematian pemandu lori, bas dan teksi
berkurang menjadi 217 kes pada tahun berikutnya.
Senasib dengan pejalan kaki, penunggang basikal turut menjadi mangsa
kemalangan jalanraya. Pada tahun 2006, sebanyak 1,877 kes kemalangan
jalanraya yang dilaporkan melibatkan penunggang basikal. Walaupun begitu,
daripada jumlah tersebut hanya 603 kes kematian telah dicatatkan. Angka ini
merosot kepada 351 kes pada tahun 2007. Sebaliknya, dalam tempoh yang sama
pengguna jalan raya selain yang dinyatakan di atas, menunjukkan perkembangan
yang mendukacitakan. Pada tahun 2006, sebanyak 746 kes kematian direkodkan
berbanding dengan tahun berikutnya yang mencatatkan 864 kes kematian.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Sosial,
Jabatan Perdana Menteri, 2007)
6
8. Berdasarkan petikan yang diberi, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia bagi tahun 2005 dan
2006.
Pembangunan ekonomi negara telah meningkatkan pendapatan penduduk
sekaligus meningkatkan kuasa beli masyarakat. Selaras dengan peningkatan
tersebut kemampuan untuk membeli kenderaan juga bertambah. Pada tahun 2006
jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di negara ini ialah 15,790,732 buah
telah meningkat daripada 14,816,407 buah pada tahun sebelumnya.
Kenderaan yang paling banyak mengalami peningkatan ialah kereta berjumlah
6,473,261 buah pada tahun 2005. Bilangan ini meningkat sebanyak 468735 buah
pada tahun 2006. Peningkatan paling ketara ialah pada jenama tempatan iaitu
Proton dan Perodua. Pertambahan juga berlaku pada kereta jenama import
khususnya buatan Jepun.
Kenderaan yang paling banyak berada di atas jalan raya ialah motosikal iaitu
berjumlah 7,458,128 pada tahun 2006 meningkat sebanyak 450,077 buah
berbanding tahun 2005. Bilangan remaja yang ramai dan mempunyai kemampuan
untuk membeli motosikal telah meningkatkan bilangan kenderaan berkenaan.
Golongan berada yang suka menunggang motosikal berkuasa besar turut
menyumbang peningkatan ini.
Perkembangan industri pelancongan dan penambahbaikan dalam sektor
pengangkutan awam telah meningkatkan bilangan teksi dan kereta sewa.
Walaupun bilangan agak rendah berbanding kenderaan lain, namun wujud
peningkatan yang jelas bagi kenderaan ini iaitu 79,130 buah pada tahun 2005 dan
bertambah menjadi 82,047 buah pada tahun 2006.
Kecenderungan menggunakan kenderaan awam juga turut meningkatkan
penggunaan bas sebagai satu alternatif. Bilangan bas yang berdaftar turut
meningkat daripada 57,370 buah pada tahun 2005 kepada 59,991 buah pada
tahun 2006. Pertambahan bilangan murid sekolah dan kewujudan syarikat bas
baru turut menyumbang kepada pertambahan bilangan bas.
Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan jaringan pengangkutan yang lebih
baik. Oleh itu, bilangan kenderaan barangan turut bertambah. Syarikat
pengangkutan yang sedia ada telah menambah kenderaan masing-masing.
Bilangan kenderaan pada tahun 2006 ialah 836,579 buah meningkat sebanyak
31,422 buah berbanding tahun sebelumnya.
Kenderaan-kenderaan lain juga turut meningkat selaras dengan perkembangan
ekonomi negara. Peningkatan perdagangan lantaran pertambahan eksport dan
import telah meningkatkan bilangan kenderaan dalam kategori kenderaankenderaan
lain.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Maklumat Perangkaan, Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2007)
7
Bahagian E
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini
9. Berdasarkan jadual di bawah, tafsirkan keadaan pencari kerja mengikut kumpulan
umur di Malaysia antara tahun 2003 hingga 2006.
Malaysia : Bilangan Pencari Kerja Mengikut Kumpulan Umur,
2003 – 2006
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, 2007)
Kumpulan Umur
( Tahun )
Tahun
15-19
20-24
25-29
30+
Jumlah
(orang)
2003
6,796
16,742
4,581
3,589
31,708
2004
5,767
14,765
5,178
3,291
29,001
2005
2,091
14,047
6,356
4,733
27,227
2006
1,989
13,567
6,408
3,864
25,828
8
10. Rajah di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi
keputusan harga. Berdasarkan rajah, huraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi keputusan penentuan harga.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keputusan Penentuan Harga.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Prinsip Pemasaran,
Kotler & Armstrong, Prentice Hall, 2000)
Objektif Pemasaran
- strategi keluaran
- maksimum untung
- kepimpinan syer
pasaran
- penakatan harga
Campuran Pemasaran
- produk
- pengagihan
- promosi
Kos
- kos tetap
- kos berubah
- pengeluaran
berbeza
Pertimbangan Organisasi
- pengurusan atasan
- pengurus bahagian
- pengurus kewangan
- jurujual
K
E
P
U
T
U
S
A
N
P
E
N
E
N
T
U
A
N
H
A
R
G
A
F
A
K
T
O
R
D
A
L
A
M
A
N
F
A
K
T
O
R
L
U
A
R
A
N
Persaingan
- kos dan harga
pesaing
- kualiti produk
Pasaran dan Permintaan
- pembeli dan pengguna
- harga dan permintaan
- layanan dan
perkhidmatan tambahan
Persekitaran
- keadaan ekonomi
- Dasar kerajaan
- Keprihatinan sosial

No comments: